Tuesday, December 17, 2013

Kisah Zee Nadzirah Fashion Show Setiap Semester

Assalamualaikum, hai kwan blog.. bersua kembali..zee tgh rajin nak update blog nie hihi..hari nie zee nak berkongsi sepanjang perjalanan setiap sem dari sem pertama sampai la sem 6..

Pelbagai rintangan onak dan duri ditempuhi bukan senang nak berjaya..Alhamdulilah akhirnya sampai juga ke situ..dengan azam yang kuat..cayok2 fighting!!you can do it..

zee nadzirah collection, zee nadzirah fashion
masa zee sem 2 buat baju "ready to wear" berjalan beriring dengan model zee hihihi
semasa zee sem 3..zee kena siapkan 1 baju nikah..pada masa tu akak byak kerja mana nak siapkan assigmen mana nak kena datang kelas-kelas lain,mana nak menjahit terkerja-kejar jugala..ada 7 subjek huhu..pada masa yang sama kena buat teater BI utk presantation last paper cos Inggeris..huhu agak mencabar time tu..tada ini la hasilnyer..

zee nadzirah collection, zee nadzirah fashion
berjalan bersama2 modelku, maya
zee nadzirah collections, zee nadzirah fashion
 rasanya terlebih pulak pose hee..maaf yea modelku hihi
zee nadzirah collection, zee nadzirah fashion
bersama lecturer2 kesayangan zee puan amy n puan yan miss u all..terimkasih puan
Part sem 4 pula.. time nie azie kena siapakan 3 baju antaranya baju tradisional, baju night dress dan wedding dress.. duit x usah citer ikat perut sem nie huhu.. tapi teruskan juga perjuangan walaupun banyak penghalang.. tada ini la hasilnyer..

 baju pakaian tradisional time nak wat baju nie huhu..lecturer nak songket betul2..zee beli di terengganu lum termasuk asesori tada ini la hasilnyer..
 ini baju dress night nak g diner2  sesuai baju ini...buat baju ini ambil masa seminggu untuk siapkan

zee nadzirah collections, zee nadzirah fashion,
 akhir sekali wedding dress..buat baju ini azab huhu banyak nak kena siapkan dari baju hingga ke kain..baju buat korset,kain pula ambil dalam 20 meter yea untuk jadi kembang ala2 Cinderella gitu huhu..
tada ini la hasilnya berjaya juga siapkan dan membuat fashion show untuk akhir sem4..terimkasih model2 zee
sebelum fashion show sempat lagi oter baju model hihi.
Akhir sekali sem 5 zee ditugaskan membuat 5 baju dalam masa yang singkat.. dalam sem ini zee rasa x sabar-sabar nak tamat kan pengajian ini sebab tak tahan dengan kos pengajian fesyen yang mahal..dengan tekanan assigmen yang banyak huhu..time tu rasa nak cepat abis je..dalam kesabaran,ketekunan dan semangat yang tinggi aceceh akhirnya berjaya juga siapkan..

model zee yang pertama
  model zee yang kedua
model zee yang ketiga
zee nadzirah collections, zee nadzirah fashion,
model zee yang keempat
 model zee yang kelima

 selepas catwalk semua model kuar bersama zee
zee nadzirah collections, zee nadzirah fashion,
 zee bersama model terakhir keluar..memg tinggi model ini..zee pakai tumit tinggi masih nampak rendah hehe
zee nadzirah collections, zee nadzirah fashion,

Akhir sekali zee bergambar kenang-kenangan bersama model2 zee di Wang Plaza KL..masa tu ramai sangat orang tengok artis2 pun ada..rasa bangga pun ada hehe.memang seronok dan perasaan lega x terhingga kerana sudah selesai segala penat lelah selama tempoh pengajian.alhamdulilah.rindu kamu semua.

salam rindu dari,
ZeeNadzirah





Monday, December 16, 2013

Kisah ZeeNadzirah Designer di Sebuah Butik - Nailys

Assalamualaikum.. apa khabar rakan2 blogger.. hari ini zee nak bercerita pengalaman zee lepas tamat pengajian dalam bidang fesyen designer.. semasa zee sem 6 zee prtikel di sebuah butik busana muslima iaitu BUTIK NAYLIS yg terletak di Setiawangsa Kuala Lumpur dekat dgn zee study dlu..

Semasa prtikel selama 3 bulan zee ditugaskan dan ditempatkan sebagai fashion designer dan fashion consultan,zee mengambil peluang ini untuk mencari pengalaman dan menambahkan ilmu dalam bidang ini..

selama 3 bulan bermacam2 aktiviti dan tugasan di lakukan..zee juga mendapat kepercayaan daripada bos dalam menguruskan butik Naylis ini..

dibawah antara gambar2 sempat zee ambil semasa zee pertikel dan sambung kerja disitu..

 zee sedang menyusun2 baju dimana setiap minggu akan bertukar-tukar jenis pakaian
zee bersama customer berbincang untuk menempah baju pengantin,sebelum zee buat baju,zee akan sketch dahulu dan tunjuk kepada customer ..



 Antara gambar2 bangkel Cara Ikatan Tudung zee kendalikan di butik Naylis.. first time mengajar cara2 ikatan tudung agak gemuruh dijiwa.apa pun terima kasih kepda bos zee iaitu Datin Raskidah yang memberi ruang dan peluang kepada zee untuk menjayakan pogram ini.



gambar ini juga semasa zee ditugaskan menjadi wedding planner salah seorg costumer di butik Naylis cantik x zee gubah2 hantaran tu dengan mini pelamin tema ala2 tradisonal n moden gitu hehe..


Gambar ini pula semasa fotoshoot di Bukit Tinggi zee diberi tanggunjawab menguruskan baju dan model pelbagai pengalaman pahit manis dirasai..
Selain itu, zee ikut bos pergi metting di Jakarta Indonesia sambil mencari kain2 dan ilham untuk di kembangkan  lagi rekaan zee untuk butik naylis.selain itu, lonching di singapore juga zee buat bengkel ikatan tudung banyak sambutan disana..

sangat seronok pengalaman zee masa itu, dapat dalam satu masa..bersyukur sangat walaupun baru fresh gradute tetapi orang menghargai kebolehan kita.

Terima kasih zee ucapkan kepada pengurus dan staff naylis yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada zee. .pengalaman bersama butik Naylis tidak dapat zee lupakan..

salam sayang dari,
zee nadzirah.

Thursday, December 12, 2013

kisah Zee Nadzirah shotting Pogram Ilham Lebaran (RTM TV2)2010

Asssalamualikum, rakan2 blogger semua..dah berapa minggu zee x update blog huhu.. mcm bz sgat je kan hehe.. zee skg bt 2,3 kerja dalam satu masa.. tapi masih ingat blog zee nie.. jgn risau yea..zee x kemana-mana.

Hari ini zee nak berkongsi pengalaman Zee shotting pogram dalam TV. tgk mcm senang tapi sebenarnya susah jugak diorg nie nak berlakon rupanya.. shotting pula ambil masa dari pagi sampai tgh malam sampai jadi klu x asyik kat2 je drator huhu.. patutlah artis byk cinta lokasi sbb 24 jam ngadap muka yg sama hihi..

Ok, bermula episod pertama dimana zee dan kumpulan ditugaskan menyiapkan 2 baju dalam masa seminggu..masa tu zee junior dan 2 lagi senior zee.dalam kumpulan 3 orang. Kami diarahkan siapkan skecting dahulu sebelum pergi memilih fabrik yg sesuai.. Euro Moda tempat kami shotting pilih2 kain masa dalam perjalanan pula kamera asyik ikut kami saje.. Ke mana kami pergi di situ la ada kamera..kami dipaksa berlakon mcm2 aksi kami hehe..

Episod kedua, awal-awal pagi sudah terpacak di dewan kolej kami untuk tunggu artis Beinda sebagai Host Jemputan dalam Pogram Ilham Lebaran nak nampak betul2 real pogram nie kami disuruh berlakon mcm2 hehe.. masa shotting ini 2 bulan sebelum puasa tetapi kami diarahkan macam bulan puasa jangan sampai nampak minum air klu x kantoi hehe.. pogram ini ditayangkan bulan Puasa. itulah sbbnyer..

Episod ketiga dan kempat zee dan kawan2 bermula la agihkan tugasan masing2.. dari membuat pola baju, potong baju, jahit baju, jahit kain, dan terakhir jahit manik.. Alhamdulilah kumpulan kami antara yang siap awal.. mula la nak membangga diri ish..ish..dah siap tlong kumpulan lain pula la..apa lagi kan..hehe

Episod kelima,setiap seorang kena berucap apa perasaan menyertai pogram ilham lebaran ini..sampai giliran zee memang gemuruh dijiwa la tgk kamera betul2 depan mata di fokus..jadi lady gagap la..tapi memang terbaik..itulah pengalaman zee x dapat diluar sana.

Episod terakhir, artis yang dipilih telah pun datang jeng..jeng..jeng.. Antaranya Salina Saibi, Fazurina dan Sabrina Ali.. Mereka memakai baju kumpulan zee wahh memang seronok bila di puji oleh diorang hihi.. kembang2 sudah ini..masa shotting diorang memang sporting dan gila2 juga walaupun terpaksa tunggu setiap set abis..orang dah biasa katakan u all..

Alhamdulilah selesai sudah shotting Ilham Lebaran.. semua berjalan dengan lancar dan terantur..director pula panggil zee untuk berlakon drama dia akan datang.. tapi zee tolak awal2 x sanggup jadi artis huhu..

Rasanya setakat ini sahaja zee dapat kongsikan bersama2..dalam bawah nie zee ada sediakan sedikit gambar-gambar untuk kawan-kawan lihat..sila la komen yea..

zee nadzirah
 tuan diractor zack yg pakai topi tu dan krew2 yang terlibat menjayakan pogram ILAM LEBARAN RTM TV2
zee nadzirah
Baju-baju zee dan kumpulan hasilkan cantik x manik kat baju tu zee yang buat hihi..saje promote diri kn.
last shotting masing-masing bergambar dengan hasil rekaan kumpulan masing2 walaupun ada yang tiada dalam gambar.
kisah zee nadzirah shotting pogram ILHAM LEBARAN (RTM TV2)2010,
kenal x siapa nie??Halimah Jonggang!! opss shera iskandar memg sporting akak shera nie nak ajak zee kuar makan lagi huhu
kisah zee nadzirah shotting pogram ILHAM LEBARAN (RTM TV2)2010,

Pic yang terakhir zee bersama kumpulan zee.. dua org nie senior zee hihi sangat baik.berkerjasama dalam siapkan baju.terbaikk.

salam sayang dari,
-zee nadzirah-


Followers

Like Page Zee Nadzirah Ye~

Categories

Andainya hatiku bersuara lirik cara guna yanalis harga yanalis borong yanalis murah pengedar phyto placenta pengedar yanalis yanalis yanalis skincare yanalis untuk apa? zee nadzirah fashion zeenadzirah 1st time giveaway blogger Andai terlampau permintaanku ini Pastinya ia akan berkata ROYAL SLIM murah Seperti insan biasa aku ingin bahagia lirik affiliates percuma andainya hatiku bersuara original artis pakai tabita avail beauty avail pad ayat cinta untuk kekasih hati ayat jiwang pendek ayat sms selamat pagi bb cream yanalis beli coklat daim dari langkawi berapa spf sunblock yanalis borong coklat daim borong tabita borong tuala wanita avail cara guna bb cream yanalis cara guna serum egf cara makan glutaking advance coklat daim murah daftar iklan percuma double stem cell malaysia double stemcell shah alam dropship yanalis skincare fashion show mifa 2010 give away program giveaway contest glutaking glutaking advance glutaking advance bahaya? glutaking advance berkesan? glutaking advance original harga bb cream yanalis harga glutaking harga promosi royal slim harga serum egf harga sunblock ibu putih janna lawwa lulus kkm ibu putih terbaik di pasaran iphyto science kebaikan glutaking kebaikan pad herba avail kelebihan sunblock yanalis kesan sampingan royal slim kesan serum egf kisah zee nadzirah shotting pogram ILHAM LEBARAN (RTM TV2)2010 kisah zeenadzirah designer sebuah butik lagu jiwang lirik lagu apit lirik lagu tak ku sangka tak ku duga lirik mp3 chomel andainya hatiku bersuara luminous bb cream yanalis menjahit tudung mz soap vitamin c murah di pasaran pad avail pad herba pad herba avail pad herba avail testimoni pencuci muka tabita penipuan peniaga power bank di internet phyto double stemcell phyto placenta murah power bank original power bank tiruan rasa lapar bila amalkan royal slim review egf serum rya rahman rya rahman ft chomel salam dunia blogging scam power bank online senarai iklan percuma senarai web iklan serum egf shine stem phyto science sms cinta sms cinta untuk skandal sms jiwang sms ucapan selamat malam stemcell murah stokis phyto placenta stokis yanalis sunblock yanalis tabhita tabita tabita bahaya tabita dropship tabita murah tabita skin care tabita skincare tak ku sangka tak ku duga taktik penipuan jual power bank testimoni double stemcell testimoni fb double stemcell testimoni phyto placenta testimoni tabita triple stemcell triple stemcell tipu tutorial video rya rahman website iklan percuma whitening serum yanalis enterprise yanalis signature yanalis signature skin care yanalis skin care yanalis skincare murah yanalis.com zee nadzirah zee nadzirah collections